Venomancer

Venomancer Blog

Akhirnya Microsoft Xbox 360 Menandingi Jualan Nintendo Wii

leave a comment

Microsoft Xbox 360 telah menandingi jualan Nintendo Wii pada bulan Februari 2010 seterusnya merangkul tempat teratas dalam kedudukan jualan bulanan di U.S untuk pertama kalinya dalam tempoh lebih dua tahun, mengikut analisis kumpulan NPD.

Kumpulan NPD mengeluarkan maklumat mengenai jumlah jualan konsol setiap bulanan dan Microsoft Xbox 360 telah lama tidak menduduki tempat teratas dalam senarai NPD. Bagaimanapun, Februari 2010 adalah bulan bertuah untuk Microsoft walaupun ianya bukanlah bulan yang baik kepada jualan pasaran konsol secara umumnya. NPD melaporkan kadar jualan konsol pada bulan Februari 2010 menurun 15 peratus berbanding kepada bulan Februari 2009.

Microsoft Xbox 360 telah menjual sebanyak 422,000 unit sepanjang Februari 2010 berbanding dengan jualan Nintendo Wii iaitu sebanyak 397,900 unit. Sony PlayStation 3 menduduki tempat ketiga dengan jualan konsol sebanyak 360,100 unit, meningkat 30 peratus berbanding bulan Februari 2009.

Written by Venomancer

March 20th, 2010 at 3:12 am

Posted in Uncategorized

Google Nexus One Telefon Bimbit Digemari Linus Torvalds

leave a comment

Google Nexus OnePengasas Linux iaitu Linus Torvalds, yang sebelum ini tidak gemar menggunakan telefon bimbit mengakuiĀ  gembira kerana memiliki telefon bimbit Google Nexus One. Linus pernah memiliki beberapa jenis telefon bimbit termasuk G1 yang juga berasaskan sistem operasi Android tetapi tidak menggemarinya.

Menurut Linus, beliau hanya menggunakan telefon bimbit G1 untuk bermain permainan Galaga dan Solitaire ketika dalam penerbangan jauh kerana tidak mempunyai sebab lain untuk menggunakannya selain ketika dalam perjalanan merantau.

Nampaknya fungsi tambahan dari telefon bimbit Nexus One berjaya menambat hati Linus Torvalds untuk terus menggunakannya sebagai gajet keperluan hariannya. Linus juga mengakui yang Nexus One merupakan ‘pemenang’ selain mempunyai fungsi yang berguna dan reka bentuk yang menarik.

Written by Venomancer

February 10th, 2010 at 10:24 am

Posted in Uncategorized

Berita Terkini

leave a comment

Maaf sebab tidak berkesempatan untuk kemaskini laman blog ini. Ianya disebabkan saya menghadapi sedikit masalah dengan penyedia webhosting dan juga keadaan jadual saya yang amat padat tidak mengizinkan saya untuk mengemaskini laman blog ini.

Memang sangat sibuk sekarang ini. Kerja yang hendak dibuat terlalu banyak dan saya harus menumpukan sepenuh perhatian terhadapnya. Kalau tidak siap kerja, maka wang pun tidak masuklah. Siapa nak tanggung makan minum saya? Kos perbelanjaan saya memang agak besar. Jadi, sesiapa yang baik hati nak taja kos perbelanjaan harian saya adalah amat dialu-alukan. Hahaha! :D

Written by Venomancer

January 31st, 2010 at 4:55 am

Posted in Uncategorized

Apakah Itu Blog?

leave a comment

Blog merupakan kata singkatan daripada “Web Log”, jenis laman web yang mana biasanya digunakan oleh individu untuk menerbit dan mengemaskini berita mengenai sesuatu perihal. Sesetengah orang menggunakan blog sebagai diari online sebagai ganti diari biasa yang hanya akan membazirkan kertas dan juga dakwat pen sahaja. Salah satu kelebihan mempunyai blog ialah anda boleh mengemaskini maklumat dan membolehkan para pengunjung memberi pendapat dan komen dengan lebih pantas dan mudah.

Penulis laman blog juga dikenali sebagai “Blogger”. Setiap blogger mempunyai idea dan kreativiti yang tersendiri dalam penulisan dan pembangunan blog. Ada yang menulis untuk memberi maklumat tentang perkembangan semasa dunia, tentang bisnes dan produk keluaran terbaru, jurnal peribadi dan ada yang menulis hanya untuk suka-suka sahaja. Itu terpulang kepada kehendak dan citarasa blogger itu sendiri. Read the rest of this entry »

Written by Venomancer

December 17th, 2009 at 7:17 am

Posted in Uncategorized

Hai Semua!

2 comments

writerHai semua, selamat datang ke laman blog saya. Di sinilah tempat saya bakal merepek, merapu, meracau, dan sebagainya. Segala yang bakal tertulis di sini adalah pandangan peribadi sahaja. Jika terdapat sebarang warkah berita dan artikel yang menyinggung sesetengah pihak, adalah dimaklumkan yang ianya adalah tidak disengajakan dan harap dapat dimaafkan.

Saya harap melalui laman blog ini, saya dapat berkongsi pendapat dan membuat ramai teman tanpa mengira usia, bangsa dan sewaktu dengannya. Adalah dimaklumkan juga yang saya akan cuba menulis menggunakan Bahasa Malaysia dengan kerap di dalam laman blog ini. Tidak dijamin yang Bahasa Malaysia yang digunakan adalah yang formal mahupun yang telah dirojakkan (Hahaha! saya suka rojak). Sekian sahaja buat masa ini, harap anda semua selesa berada di sini. :)

Written by Venomancer

December 14th, 2009 at 6:00 am

Posted in Uncategorized